“Beri hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik,hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya..”

Kisah benar dari Penjara Sg. Buloh. Pada suatu malam, bertempat di Surau Jenaris saya telah menghadiri satu forum. Perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Ust. Halim Din, Ust. Raihan & Ustzh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga2 Ahli panel yg bijaksana tu. Ttg keperibadian Rasulullah yg mulia itu yg menjadi ikutan kita semua.

Di penghujung rancangan tersebut salah seorang ustaz kalau tak silap saya Ust. Halim Din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di Penjara Sg. Buloh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya. Mengikut ceritanya lagi, pada malam sebelum dia digantung, dia berpesan
supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg
esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur. Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan. Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila jenazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat dgn jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah…mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung…Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita
semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

HUWALLAH HUALAM,

Forum Perdana tamat lebih kurang jam 11.15 mlm……

June 8th, 2008 at 0:22 | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

only 1 week more b4 he depart to france..

seminggu je lagi..

..nape cpt sgt?

..sedar x sedar umar dah besa, dh nk g study kat france..

..aku ase cdih+isau..

..Ya Allah, do bless my brother..

Dear Umar, we will surely miss u much!

May 25th, 2008 at 8:59 | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Suatu hari Rasulullah s.a.w. menghantar jenazah seorang sahabat sampai ke kubur. Apabila Baginda kembali, beliau singgah sebentar untuk menghibur dan menenangkan keluarga almarhum supaya tetap sabar dan tawakkal menerima musibah itu.

Kemudian, Rasulullah s.a.w. berkata, “Tidakkah Allahyarham mengucapkan wasiat sebelum wafatnya?”

Si balu menjawab, “Aku mendengar dia mengatakan sesuatu di antara dengkur nafasnya yang tersengal-sengal menjelang ajal.”

“Apa yang dikatanya?”

“Aku tak tahu, ya Rasulullah, apakah ucapannya itu sekadar rintihan sebelum mati, atau pekikan pedih kerana dahsyatnya Sakaratul Maut. Cuma, ucapannya memang payah difahami lantaran merupakan kalimat yang terpotong-potong.”

“Bagaimana bunyinya?” desak Rasulullah s.a.w..

“Dia mengatakan andai kata lebih panjang lagi, andai kata masih baru, andai kata semuanya…, hanya itulah yang tertangkap sehingga kami bingung dibuatnya.

Rasulullah s.a.w. tersenyum.

“Sungguh yang diucapkan suamimu itu tidak keliru. Suatu dia sedang bergegas untuk ke masjid untuk melaksanakan solat Jumaat. Di tengah jalan, dia berjumpa dengan seorang buta dengan tujuan yang sama. Maka, suamimu memimpinnya hingga sampai ke masjid. Tatkala, hendak menghembuskan nafas penghabisan, dia menyaksikan pahala amal solehnya itu, lalu dia pun berkata, “Andainya lebih panjang lagi.” Maksudnya, andai lebih panjang lagi, pasti pahalanya lebih besar pula.”

“Ucapan lainnya Ya Rasulullah?” Tanya si isteri mulai tertarik.

Rasulullah s.a.w. menjawab, “Adapun ucapan yang kedua dikatakannya,ketika dia melihat hasil perbuatannya yang lain. Sebab pada hari berikutnya, waktu dia pergi ke masjid pagi-pagi, sedangkan cuaca dingin sekali, di tepi jalan dia melihat seorang lelaki tua yang tengah duduk menggigil, hampir mati kedinginan. Kebetulan suamimu membawa sebuah mantel baru, selain yang dipakainya. Maka, dia mengambil mantelnya yang lama, diberikan kepada lelaki itu. Dan mengambil mantelnya yang baru lalu dikenakan pada badannya sendiri. Menjelang saat-saat terakhirnya, suamimu melihat balasan amal kebajikannya itu sehingga dia pun menyesal dan berkata, ”

Cuba andaikan yang kuberikan padanya bukan mantelku yang lama, pasti pahalaku jauh lebih besar lagi.” Itulah yang dikatakan suamimu selengkapnya.

“Kemudian, ucapannya yang ketiga, apa maksudnya ya Rasulullah?” Tanya si isteri semakin hendak tahu.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan, “Ingatkah kamu pada suatu ketika suamimu datang dalam keadaan sangat lapar dan meminta disediakan makanan? Engkau menghidangkan roti yang telah dicampur dengan daging. Namun, tatkala hendak dimakannya, tiba-tiba seorang musafir mengetuk pintu dan meminta makanan. Suamimu lantas membahagikan rotimu menjadi dua potong, yang sebelah diberikan kepada musafir itu. Dengan demikian, pada waktu suamimu akan nazak, dia menyaksikan betapa besarnya pahala dari amalannya itu. Kerananya, dia pun menyesal dan berkata, ” Kalau aku tahu begini hasilnya, musafir itu tidak aku berikan separuh. Sebab andai kata semuanya kuberikan kepadanya, sudah pasti ganjaranku akan berlipat ganda.”

Maksud Ayat 110 Surah al-Baqarah;

” Dan laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan segala kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, kamu akan mendapatkannya (pahala) di sisi Allah. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

March 28th, 2008 at 5:23 | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

By: Anonymous

I wonder……………………

If Prophet Muhammad (SAW) visited you,

just for a day or two If he came unexpectedly,

I wonder what you would do?

Oh I know you would give your nicest room,

to such an honored guest

And you would surely serve him,

your very very best.

You would be your finest,

cause you’re glad to have him there

That serving him in you’re home,

would be a joy without compare.

But when you see him coming,

would you meet him at the door

With your arms outstretched in welcome,

for your respected visitor.

Or would you run to change your clothes,

before you let him in

And hide some magazines

to put the Quran, where they had been?

Would you still watch those movies, on your TV set

Or would you switch it off, before he gets terribly upset.

Would you turn off the radio, and hope that he had not heard

And wish that you did not sing, that song word by word?

Would you hide your worldly things,

and instead take the Hadith books out

Could you let him walk right in, or would you rush about?

And I wonder…if the Prophet (SAW) spent, a day or two with you

Would you go on doing the things, that you always do?

Would you go right on and say the things, that you always say

Would life for you continue, as it does from day to day.

Would your family conversations, keep up their usual pace

And would you find it hard at each meal, to say a table grace?

Would you keep up each and every prayer, without putting on a frown

And would you always jump up early, to say your Fajr at dawn?

Would you sing the songs you always sing,

and read the books you read

And let him know the things on which, your mind and spirit feed?

Would you take the Prophet (SAW) with you, everywhere you plan to go?

Or would you maybe change your plans, just for a day or so?

Would you be glad to have him meet, your very closest friends

Or, would you hope they stay away, until his visit ends?

Would you be glad to have him stay, forever on and on

Or would you sigh with great relief, when at last he has gone.

It might be interesting to know, the things that you would really do

If Prophet Muhammad (SAW) came, to spend some time with you.

March 28th, 2008 at 5:13 | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Remember Just Remember
By Anonymous

When things are down
And you are out of your mind
Remember just remember

Allah is The Kind.

When your life is in darkness
And nothing is right
Remember just remember

Through the darkness Allah is The Light.

When nothing makes sense
And your heading for demise
Remember just remember

It doesn’t make sense, but Allah is The Wise.

When times are troubled
And no one seems to care
Remember just remember

Allah won’t hurt you, He is The Fair.

When your heart is breaking
And your pain makes you fall
Remember just remember

Allah Sees it all.

When you are weak
And the road seems long
Remember just remember

Seek strength from The Strong.

When life is a burden
And everything is unstable
Remember just remember

Allah is The Able.

When the way is cloudy
And there is no one by your side
Remember just remember

Allah is The Only Guide.

When no one wants to listen
Or is willing to lend an ear
Remember just remember

Allah is always ready to hear.

When you are poor and penniless
And you are stuck in a niche
Remember just remember

Allah is The Rich.

When you are down in your misery
And there is nowhere to run
Remember just remember

You can always run to The One.

When your all alone
And your pain has no end
Remember just remember

Allah is your Friend.

And when your scars are hurting
And your heart is in fear
Remember just remember

Allah is really here.

March 22nd, 2008 at 21:21 | Comments & Trackbacks (2) | Permalink

A tRue sTorY t0 sHare..hopE thAt iT wiLL beNefiT us InsyaAllaH =)
p/s: This isn’t about mY sis k..juz a copY paSte ;p

Kisah Benar
Rabu, 14 March 2007 05:51:05 PM
Berita dan Peristiwa

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik
saya, Nur Annisa, seorang gadis yang
baru menginjak dewasa tetapi agak kasar
dan suka berkelakuan seperti lelaki.
Ketika usianya mencecah 17 tahun
perkembangan tingkah lakunya benar-benar
membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya
pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan
ibu tidak senang tambahan pula ibu
merupakan guru al-Quran. Bagi
mengelakkan pergaulan yang terlalu
bebas, ibu telah meminta adik memakai
tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya
sehingga seringkali berlaku
pertengkaran-pertengkaran kecil antara
mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata
dengan suara yang agak keras, ” cuba
mama tengok, jiran-jiran kita pun ada
yang anaknya pakai tudung, tapi
perangainya sama je macam orang yang tak
pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa
kat sekolah, yang pakai tudung pun
selalu keluar dating dengan boyfriend
diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni,
walaupun tak pakai tudung, tak pernah
buat macam tu!”

Pada satu hari ada jiran yang baru
pindah berhampiran rumah kami. Sebuah
keluarga yang mempunyai enam orang anak
yang masih kecil. Suaminya bernama Abu
khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak
dapat dipastikan). Saya mengenalinya
sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama
mereka tinggal berhampiran rumah kami,
timbul desas-desus mengenai isteri Abu
Khoiri yang tidak pernah keluar rumah,
hingga ada yang menggelarnya si buta,
bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan
adik.

Dia bertanya kepada saya, “abang, betul
ke orang yang baru pindah itu, isterinya
buta, bisu dan tuli?” Lalu saya menjawab
sambil lewa, “kalau nak tau sangat,
pergi rumah mereka, tanya sendiri”
Rupa-rupanya adik mengambil serius
kata-kata saya dan benar-benar pergi ke
rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari
rumah mereka, saya melihat perubahan
yang benar-benar mendadak berlaku pada
wajah adik. Wajahnya yang tak pernah
muram atau lesu menjadi pucat
lesi……entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia
minta ibu buatkan tudung. Tudung yang
labuh. Adik pakai baju labuh……
lengan panjang pula tu…saya sendiri
jadi bingung..bingung campur syukur
kepada Allah SWT kerana saya melihat
perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan
ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau
teman-teman wanitanya yang datang ke
rumah hanya untuk bercakap
perkara-perkara yang tidak tentu arah…
saya lihat, dia banyak merenung, banyak
baca majalah Islam (biasanya dia suka
beli majalah hiburan), dan saya lihat
ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak
ketinggalan tahajudnya, baca Qur’annya,
solat sunat nya..dan yang lebih
menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya
datang, dia menundukkan
pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai
Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat
panggilan untuk bekerja di kalimantan,
kerja di satu perusahaan minyak CALTEX.
Dua bulan saya bekerja di sana, saya
mendapat khabar bahawa adik sakit tenat
hingga ibu memanggil saya pulang ke
rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam
perjalanan, saya tak henti-henti berdoa
kepada Allah SWT agar adik diberi
kesembuhan, hanya itu yang mampu saya
usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan
pintu sudah ramai orang..hati
berdebar-debar, tak dapat
ditahan…..saya berlari masuk ke dalam
rumah..saya lihat ibu menangis .. saya
segera menghampiri ibu lantas
memeluknya……..dalam esak tangisnya
ibu memberitahu, “Dhi, adik boleh
mengucapkan kalimat Syahadah diakhir
hidupnya”..air mata ini tak dapat
ditahan lagi…

Setelah selesai upacara pengkebumian dan
lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik.
Saya lihat di atas mejanya terletak
sebuah diari. Diari yang selalu adik
tulis. Diari tempat adik menghabiskan
waktunya sebelum tidur semasa hayatnya.
Kemudian diari itu saya buka sehelai
demi sehelai…hingga sampai pada satu
halaman yang menguakmisteri dan
pertanyaan yang selalu timbul di hati
ini. Perubahan yang terjadi ketika adik
baru pulang dari rumah Abu
khoiri..disitu tertera soal jawab antara
adik dan isteri jiran kami itu.
Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya
lihat di lembaran itu terdapat banyak
bekas airmata)

Annisa: aku hairan, wajah wanita ini
cerah dan bersinar seperti bidadari “mak
cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik”

Isteri jiranku: Alhamdulillah
..sesungguhnya kecantikan itu datang
dari lubuk hati

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak
enam ..tapi masih kelihatan cantik??

Isteri jiranku:
Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu
milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT
berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya
selalu menyuruh saya memakai
tudung..tapi saya selalu menolak kerana
saya rasa tak ada masalah kalau saya tak
pakai tudung asalkan saya berkelakuan
baik.Saya tengok, banyak wanita yang
pakai tudung tapi kelakuannya melebihi
kami yang tak pakai..sampaikan saya tak
pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat
makcik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya
Allah SWT menjadikan seluruh tubuh
wanita ini perhiasan dari hujung rambut
hingga hujung kaki, segala sesuatu dari
tubuh kita yang terlihat oleh bukan
muhrim kita semuanya akan
dipertanggungjawabkan dihadapan Allah
SWT nanti dan tudung adalah perlindungan
untuk wanita ..

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak
wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain,
tapi hakikat atau makna disebalik tudung
itu sendiri yang harus kita fahami…

Annisa: apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah
perlindungan zahir batin, lindungi mata
kamu dari memandang lelaki yang bukan
muhram kamu, lindungi lidah kamu dari
mengumpat orang dan bercakap perkara
yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah
dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi
telinga kamu dari mendengar perkara yang
mengundang mudharat baik untuk dirimu
mahupun masyarakat, lindungi hidungmu
dari mencium segala yang berbau busuk,
lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat
sesuatu yang tidak senonoh, lindungi
kaki kamu dari melangkah menuju maksiat,
lindungi fikiran kamu dari berfikir
perkara yang mengundang syaitan untuk
memperdayai nafsu kamu, lindungi hati
kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila
kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu
pakai akan menyinari hati kamu.. itulah
hakikat tudung..

Annisa: mak cik, sekarang saya sudah
jelas tentang erti tudung… mudah
mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi,
macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu
memakai tudung, itulah kurniaan dan
rahmat yang datang dari Allah SWT yang
Maha Pemberi Rahmat , bila kamu
mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi
kekuatan untuk melaksanakan
amalan-amalan ‘tudung’ hingga mencapai
kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai nisa .ingatlah akan satu hari
dimana seluruh manusia akan
dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala
yang kedua, .pada saat roh-roh manusia
seperti anai-anai yang bertebaran dan
dikumpulkan dalam satu padang yang tiada
batas, yang tanahnya dari logam yang
panas, tiada rumput mahupun tumbuhan,
ketika tujuh matahari didekatkan di atas
kepala kita namun keadaan gelap gelita,
ketika seluruh manusia ketakutan, ketika
ibu tidak mempedulikan anaknya, anak
tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara
tidak kenal satu sama lain lagi, antara
satu sama lain boleh menjadi musuh
lantaran satu kebaikan lebih berharga
dari segala sesuatu yang ada di alam
ini, ketika manusia berbaris dengan
barisan yang panjang dan masing masing
hanya mempedulikan nasib dirinya, dan
pada saat itu ada yang berpeluh kerana
rasa takut yang luar biasa hingga
tenggelam dirinya akibat peluh yang
banyak, dan bermacam macam rupa-rupa
bentuk manusia yang tergantung
amalannya, ada yang melihat ketika
hidupnya namun buta ketika dibangkitkan,
ada yang berbentuk seperti haiwan, ada
yang berbentuk seperti syaitan, semuanya
menangis..menangis kerana hari itu Allah
SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka
sebelum dan sesudah hari itu.Hingga
ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT
dipadang mahsyar yang panas membara
hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.
Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai
Annisa, bila kita tidak berusaha untuk
beramal pada hari ini, entah dengan apa
nanti kita akan menjawab bila kita
ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang
Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha
Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini
sahaja kisah itu saya baca kerana di
sini tulisannya terhenti dan saya lihat
banyak titisan airmata yang jatuh dari
pelupuk matanya..

Subhanallah …

Saya selak halaman berikutnya dan saya
lihat tertera tulisan kecil dibawah
tulisan itu “buta, tuli dan bisu..”
wanita yang tidak pernah melihat lelaki
selain muhrimnya, wanita yang tidak
pernah mahu mendengar perkara yang dapat
mengundang murka Allah SWT, wanita tidak
pernah berbicara ghibah dan segala
sesuatu yang mengundang dosa dan sia
sia.. “Tak tahan airmata ini pun jatuh”.
Semoga Allah SWT menerima adikku
disisinya.. Amin..Subhanallah

saya harap cerita ini boleh menjadi
iktibar bagi kita semua.
Wassalam…

July 15th, 2007 at 5:20 | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

AssaLamualaiKum…

About the short noveL seiNdah MawaR berduri, rasenye x jd nk pOst kat bloG nih…MalasLah..citer dy pnJang!! hehe…goMenasai…if ada sape2 yg Nak baCe, dO email me : nebuchadnezzar_03@yahoo.co.uk

agAin soRry 4 thE ‘KemaLasan” =P hehheh

July 14th, 2007 at 7:38 | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Dulu novel “Hatiku Milikmu”… now, have u read “Seindah Mawar Berduri”?? i got this short novel from a brother..a bunch of Thanx to that brother :), Hargai it, REally!! so guys, before i post the whole novel, read the synopsis dulu n if u dun mind, giv me feedback berkenaan ngan synopsis ni ye.. are u in the mood nk manghadap a thousand words?? hehehe… insyaAllah i will post the whole novel…

SINOPSIS

Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.
Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti..Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman.
Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar?
Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki?
Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu?
dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….
Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul Asrar. Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki?
Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah?
Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur,
“Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…”
Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…
FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Bingkisan tinta ini kutujukan istimewa buat mereka yang mencari kejernihan redho Ilahi dalam percintaan…
Buatmu…
pencari cinta sejati, cinta yang abadi….
Terimalah….
Seindah Mawar Berduri….S E.I N D A H M A W A R B E R D U R I

July 10th, 2007 at 9:27 | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Flower_172
Sape kata x boleh berdating, x boleh bukak aurat, x boleh pegang tangan ngan boyfren/girlfren, x leh buat maksiat?? Loh, benda best camtue xkanla x bleh buat kot kan?… Sape kata x boleh ha?? Boleh.. boleh buat…tapi dengan syarat…

SYARAT-SYARAT NAK BUAT MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata,
“Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.” Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak

July 7th, 2007 at 6:22 | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Nak share ttg KEKASIH aku? Aku type huruf besar tu sbb terlampau sayang sgt kat DIA! Penyayang sifatnya..betul nie..x tipu punya! Pure cintalah katakan.. apa taknya masa aku susah, minta tolang DIA gak.Sure akn datang bantuan. Bila aku susah hati,boleh terus ngadu kat DIA.yg bestnya tu, bila aku ngadu kat DIA…Ish!peace aje hati aku ni.. of courselah KEKASIH

kan

??

Ish..beruntung btul dpt KEKASIH camni..x penah nak sakitkan hati aku. Yg seronok tu, sebab btul2 rase DIA dekat kat hati ni! Yela, cinta punya pasal,

kan

?

Bila aku rindu kat DIA, baca je surat2 yg DIA bagi tu. Macam2 nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku paham. Tapi aku jealous la sebab ramai orang jatuh cinta ngan DIA. So aku kenalah usaha btul2. kata omputih..what u give, u get back.. so kalau aku usaha lebih skit, aku dpt lebih la

kan

?

KEKASIH aku ni baik sangat2,memang perfect! Tu yg tengah2 malam..area pukul 3-4 pagi,kalau aku terjaga,aku sure akn contact DIA. Rindulah! Sebenarnya kekasih aku ni dahlah kaya gila..pemurah pulak tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yg support…caya x? free of charge… tapi aku x sedap hati la… mestilah kena hargai apa yg DIA bagi tu

kan

? Mak aku kata, kalau org dah bagi,suka ke x suka..amik aje la… pastu pandai2 la balas budi…. Tu yg buat aku sanggup bekorban apa sahaja……ceeewah!

KEKASIH aku suruh aku belajar sungguh2..kalau boleh blaja la semua ilmu. Sebab KEKASIH aku ni memang cerdik+pandai+genius etc…. DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yg aku buat sia2. DIA pun + sayang kat aku kalau aku rajin blaja.

……Malu la sebenarnya nak cakap ni..Emm….aku sebenrnya x pernah jumpa DIA.. lagipun belum bersedia la… tapi KEKASIH aku dah janji, satu hari nanti mesti jumpa! Sekarang ni menghitung harilah aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal2 sebelum jumpa DIA. Drpd surat2 DIA yg ada tu, aku tahu la apa yg DIA suka. So that, DIA tambah2 sayang la kat aku,

kan

? Takpela, berkorban sekarang, sebab DIA dah janji, sapa2 yg DIA saying, DIA bagi hadiah special yg aku x dpt bayangkan pun!…

KEKASIHKU…AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI… WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI, TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA…ITULAH KEKASIHKU…ALLAH S.W.T…CINTA TERAGUNGKU!!

May 2nd, 2007 at 18:27 | Comments & Trackbacks (0) | Permalink