Maaf dakwah,
Saya ada perkara lebih penting utk ‘kepentingan’ awak juge…
Saya tak dapat nak usrah esok,
Sebab esok saya ada deadline siapkan kertas kerja yang boss saya minta
Maklumlah, ini utk awak juga
Kena jaga ‘sihir’ sebab dakwah perlukan duit juga
Dan kerja sihir saya memang sangat menimbun-nimbun tak terhingga
Saya tak dapat nak ikut katibah hujung minggu ni
Sebab hujung minggu ni family saya nak sambut birthday saya,
Maklumlah, ini utk awak juga
Kena jaga hati family sebab nanti tak boleh nak keluar ke program pula
Dan family saya memang perlukan komitmen saya
Saya tak dapat nak attend jaulah bulan ni
Sebab saya kena pergi ke family day company saya
Maklumlah, ini utk awak juga
Kena jaga rapport dengan kawan sekerja sebab nanti mereka ingat pendakwah kera sumbang semuanya
Dan kawan sekerja saya semuanya perlu saya jaga hatinya
Saya tak dapat nak join mukhayyam tahun ni
Sebab kawan baik saya nak walimah
Maklumlah, ini utk awak juga
Kena pastikan kawan baik tak larikan diri, nanti saya nak dakwah fardhiyah siapa?
Itulah saja kawan baik saya di dunia
Maaf dakwah,
Setiap kali awak perlukan saya, saya diperlukan oleh perkara lain
Maklumlah, itu semua utk awak juga
Lagipun ada orang lain boleh gantikan saya
Saya bukannya ada apa-apa tugas besar pun
Maaf dakwah,
Saya tak boleh nak dakwah dah
Saya rasa tak welcomed la dengan mereka
Saya rasa nak rehat sekejaplah dari semuanya
Naqibah saya tak retilah nak cater saya dalam usrahnya
Saya rasa penatlah nak handle macam-macam perkara
Saya akan contribute dari sudut material saja nanti ya
Ohh maaf dakwah,
Saya tak boleh nak infaq dah sekarang
Suami saya tak suka,
Anak saya perlukan duit saya juga
Kereta saya, rumah saya, bil saya semuanya perlu dilunaskan
Maaf ya dakwah. Maafkan saya ya.
Semoga awak terus Berjaya…
…………
……………….
…………………………..
Muhasabah diri…
inikah kita?
benarkah ini yang sebenarnya berlaku pada kita?
adakah ini yang sesungguhnya terkubur dihati kita?
kita seringkali memberikan alasan yg kononya nampak macam sesuatu yang tak dapat nak dielakkan…tapi benarkah begitu?? benarkah sebenarnya itu hanyalah alasan yang mementingkan diri, yang hanya nakkan kesenangan… tu hanyalah excuse yang kte cari…. excuse demi excuse….
ya…dakwah bukanlah sesuatu yang sangat mudah dan relax… ya.. mmg dakwah memerlukan pengorbanan dari segi masa mahupun material… ya.. memang penat memikul tanggungjawab ni… tetapi adakah ini bermakna kte harus meninggalkan bebanan yang berat tu ditepi jalan? adakah ini bermakna kte harus mengabaikan umat-umat yang sedang tenat diluar sana?
sungguh… jalan dakwah itulah jalan yang paling manis biarpun berliku… jalan itulah jalan yang paling selamat utk disusuri… jadi… adakah kte menyesal memilih jalan dakwah ni??…… TIDAK InsyaAllah! =)
untuk renungan kita bersama…
Dua buah kereta sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat. Lampu menandakan hijau, tetapi lelaki ini tidak melihatnya. Seorang wanita dibelakang kereta lelaki tersebut memerhati kereta-kereta lain yang melintas kereta mereka. Wanita ini mula membunyikan hon dengan kuat serta memekik kepada lelaki tersebut untuk menggerakkan keretanya. Lelaki itu tidak juga menggerakkan keretanya. Wanita itu bertambah histerikal di dalam keretanya, mengeluarkan penumbuknya dan menggoyangkan penumbuknya ke arah lelaki tersebut dan terus menghentakkan hon di sterring. Lampu isyarat bertukar ke warna kuning, wanita itu terus membunyikan hon sambil memaki hamun lelaki tersebut.
Lelaki tersebut yang terdengar bunyi bising di belakang terus melihat lampu isyarat yang kuning dan terus memecut keretanya sambil lampu kuning bertukar lampu merah. Wanita yang berada dibelakang lelaki tersebut memekik dengan kecewa kerana dia terpaksa menunggu isyarat lampu hijau semula.
Semasa dalam keadaan yang masih marah, dia mendengar ketukan ditingkap cerminnya dan melihat muncung pistol yang diarahkan kepadanya oleh seorang polis yang nampak begitu serius. Polis itu mengarahkannya supaya mematikan enjin keretanya dan supaya menunjukkan kedua-dua tangannya. Dia menurut dan tidak terkata apa-apa dengan apa yang berlaku. Selepas dia mematikan enjin keretanya, polis tersebut mengarahkan wanita tadi keluar dari keretanya sambil mengangkat tangannya.
Dia memusing dan meletakkan kedua-dua tangan di atas bumbung kereta dan terus digari dan dibawa kedalam kereta polis. Wanita itu begitu tergaman dengan urutan peristiwa ini untuk menanyakan apa-apa soalan dan dibawa ke balai polis dimana polis mengambil cap jari, diambil gambar, di periksa dan diletakkan di dalam sel. Setelah beberapa jam, seorang polis menghampiri sel tersebut dan membuka pintu untuk wanita tersebut.
Dia diiringi oleh polis tersebut ke meja seorang pegawai polis bersama barang-barang peribadinya. Pegawai polis itu menyerahkan semula beg yang mengandungi barang-barang nya dan berkata “Saya memohon maaf atas kesilapan ini”
Anda tahu kenapa?
Cuba teka?
(scroll down)
(scroll down)
(scroll down)
“Puan, biar saya terangkan, kereta polis kami berada dibelakang kereta puan semasa puan membunyikan hon sambil memaki hamun menjerit ke arah kereta hadapan dan kami dapati di cermin belakang kereta puan terpampang sticker “Laila haillallah, Muhammadurasullulla h”, “Are you in stress, Read al Quran”, dan “Islam Membentuk Peribadi Mulia”, jadi secara natural kami ingat puan telah mencuri kereta seseorang.”
>>hehe..terkena hidung sendiri jika dlm konteks yang lain… citer ni bkn sekadar citer klaka…tp..emm cube kte reflect pd diri kte sniri balik… bile drive kan ( kpd yg ade driving license lah..and of course talking bout myself), sabar x salunye? if dlm keadaan yg mcm dlm cite tu, apa reaksi kite? mcm pompuan tu jgk ke atau kte lebih cool dgn cara redha n berfikiran positive? hmm.. kalau asma’lah, dah biseng2 kot lam kete tu hahaha… kne berubah ni, kne pupuk sket kesabaran tu hehehehe =P gambatte! gud luck to myself =)
saya suka tengok jari awek saya…cantik betul.. sungguh! sampai takut nak pegang…bukan takut patah… tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa…
saya suka tengok rambut awek saya…cantik betol… sungguh! sebab tu saya belikan tudung… bukan sebab jeles orang lain tgk jugak…. tapi takut nanti terbakar dek api neraka di suatu hari yang giler forever
saya suka tgk body awek saya…cantik betol… sungguh! sebab tu saya belikan dia telekong supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama dia lagi cantik dan berseri menghadapNya. saya pun tumpang dapat pahala. pheh syoknye…
saya sedih tengok awek saya tak tido tak makan rindu kat saya… saya pun macam tu jugak, ada problem yang sama.. die tanya apa ubatnya? saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa… semoga lebih cintakanNya dari saya…
saya sedih tengok awek saya selalu pesan macam2 kat saya.. “makan, minum, drive elok2 tau.. nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla” katenya.. tapi bila tengok movie sama2 burn asar maghrib gitu aje die tak kata satu aper pun.. berdosanye saya….
kesimpulannya saya memang sayang dia.. nak jumper die giler forever.. yang forever punye forever.. di dunia dan akhirat terutamanya, janji nak share heaven sama2.. bahagia selamanya…
semoga kami saling mengingati, dosa sendiri pun infiniti… nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni… semoga kami menginsafi diri… Ya Allah ampunkanlah kami…. semoga kami dapat bersama selamanya nanti…
:::Jika kamu menyayangi seorang perempuan itu, peliharalah dia di dunia dan juga di akhirat… itulah bukti cintamu yang sebenar!:::
To all girls, if korang ade bf and bf korang tu jage korang kt dunia je, tinggalkanlah dia.. if bf korang tu x pernah nak tegur bila korang nmpk aurat, bile korang tinggal solat, bile korang x jaga batas, bile korang x bayar puasa, bile korang berlawa-lawa and berwangi-wangi secara over, maka, lebih baik tinggalkan je laki tu.. xde maknanye korang terus stay dgn orang yg cuma sayang korang kat dunia je.. andai dia betul2 mncintai korang, dia pasti xmo korang dibakar dek api neraka, dia pasti nk selamanya dgn korang smpai syurga, bkn smpai neraka.. andai laki tu betul2 menyayangi dan mencintai korang, dia mesti xmo merosakkan kesucian korang, mesti xmo menjatuhkan maruah korang, msti xmo merampas takhta korang..jika dia benar2 melakukannya, maka ini menunjukkan dia adlh lelaki yang mementingkan diri seniri and xbole pakai punye… if korang nak kawin, carilah lelaki yang sayang korang dunia akhirat… cintailah seseorang tu kerana agamanya.. pasti kamu kan bahagia di dunia dan juga di akhirat… confirm!!
So girLs… martabatkan harga dirimu, tinggikan nilai harga dirimu.. maksud tinggikn nilai tu bukan bermakna kne tinggikan harga wang hantaran tu…haaiihhh…jgn slh phm… tp, tinggikan maruah kaum perempuan… jdlah seperti buah apple yg berada tinggi di atas pokok.. x mudah utk dipetik.. hanya org2 yg menggunakan aqal yg mampu memetiknya.. so, jgn biar dirimu yg berharga tu dimiliki oleh lelaki yang murahan!
~Allah menciptakan lelaki yg beriman utk perempuan yang beriman, dan perempuan yg beriman utk lelaki yang beriman…
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,
Nabi Muhammad saw bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
wallahua’lam…. muhasabah diri… sudah cukupkah amalan kita untuk menyelamatkan kte kelak??
Cerita dari seorang kawan : Cerita betul yg meyayat hati…
“Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.
Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,”tak payah” katanya “biar mak yang buat nanti lain rasanya”. Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.
Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.
Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku…” ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu”…seraya tu abang ku bertanya ’siapa tak makan lagi nasi ni’. Aku menjawab ‘ mak belum makan apa lagi tu’
Mak dengan bersungguh menjawab ” Ehh mak tak mau…tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi’…dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati.” oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya” ….
Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya ‘mak nak apa..nak ambilkan.’.’ takpa nak rasa ni sikit’. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..
YA RABB Engkau peliharalah Ibu, Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.”
AMINN..
12 Barisan di Akhirat
Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: “Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris” Surah an-Naba’:18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:
“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA - Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA - Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETIGA - Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEEMPAT - Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
“Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”
BARISAN KELIMA - Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEENAM - Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETUJUH - Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KELAPAN - Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
“Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEMBILAN - Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEPULUH - Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEBELAS - Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA BELAS - Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
“Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”
Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..Wallahua’alam.
SEBUAH PERTEMUAN -UNIC
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
PS: Lirik yg sungguh bermakna dan menyentuh hati.. betapa indah dan damainya ’sebuah pertemuan itu’ jika berlandaskan IMAN dan ISLAM… Ukhuwah fillah abadan abada…
Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik
bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf,
sambil berzikir:
“Ya Karim! Ya Karim!”
Rasulullah s.a.w. menirunya
membaca
“Ya Karim! Ya Karim!”
Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir
lagi:
“Ya Karim! Ya Karim!”
Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya:
“Ya Karim! Ya Karim!”
Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan
terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan
yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:
“Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja
memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi?
Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti
engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu
bertanya:
“Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?”
“Belum,” jawab orang itu.
“Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?”
“Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum
pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum
pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab badwi itu pula.
Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab!
Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!”
Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.
“Tuan ini Nabi Muhammad?!”
“Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w.
Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu,
seraya berkata kepadanya:
“Wahai orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu
biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah
mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta
dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi
orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s.
turun membawa berita dari langit dia
berkata:
“Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda:
“Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas
kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti,
akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!”
Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.
Maka orang Arab itu pula berkata:
“Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan,
jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba,
maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!”
kata orang Arab badwi itu.
“Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?” Rasulullah bertanya
kepadanya.
‘Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba,
maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran
maghfirahnya,’ jawab orang itu.
‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba
akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya.
Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan
memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!’
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun
menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu,
air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu
Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:
“Ya Muhammad! Tuhan As-Salam
menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana
tangismu, penjaga Arasy lupa dari
bacaan tasbih dan tahmidnya,
sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa
Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya.
Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!”
Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut.
la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. ”
ps: semoga citer ni dpt memberi manfaat kpd kte semua..
ingatlah…
Jika harta yang hilang dari diri seseorang,
maka tiada apa pun yang hilang,
Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang,
maka ada sesuatu yg hilang,
Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang,
maka segala-galanya telah hi lang dari diri seseorang.
>>sekadar renungan kte bersama (^_^)
Sahabatku…
Belajarlah dari matahari…
Adil menebarkan cahaya dan memberi kehangatan kepada semua baik yang terawang-awang di angkasa mahupun yang bertebaran di atas bumi, kepada yang miskin mahupun yang kaya, yang mulia hatinya juga buat sikejam… kepada semua makhluk ciptaan Illahi.
Belajarlah dari bunga…
Sentiasa senyum menyebarkan haruman. Menghadiahkan kecantikan untuk mengubat hati yang gundah, juga menggenbirakan setiap mata yang memandang.
Belajarlah dari lebah…
Sentiasa berganding bahu, bekerja dengan hati yang riang dan semangat yang membara.
Belajarlah dari pokok…
Menghadiahkan buah yang manis dan segar sambil menundukkan dahannya.
Belajarlah dari bulan..
Tenang memancarkan cahayanya kemilau dan indah buat menyuluh malam gelap.
Belajarlah dari sungai…
Tabah bergerak menuju destinasi dengan meredah apa saja halangan hinggalah sampai ke muaranya. Airnya lembut dan tenang tapi tiada suatupun mampu menghalang kemaraannya.
Belajarlah dari daun yang luruh…
Sabar ketika menghadapi kesukaran. Sentiasa tersenyum menunggu hari yang baik dan sesuai untuk tumbuh kembali.
Belajarlah dari hujan…
Kehadirannya dinanti-nanti buat menyejuk alam yang hangat, membasahi kekeringan, menghijaukan tanah yang gersang dan memberi ‘nyawa’ pada tumbuh-tumbuhan.
Lihatlah ke dalam diri, pelajari sifat-sifatnya. Alam yang dicipta Sang Penguasa Agung. Ya, belajarlah dari alam kerana kita juga sebahagian darinya…
“Sayang, Abang minta izin untuk nikah
sorang lagi,”
Aliyah yang sedang melipat kain,
terdiam seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur
lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di
dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang
menayangkan iklan Sunsilk, mustahil
sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia
menghela nafas panjang. Dia memandang
sekali imbas wajah Asraf Mukmin,
kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap
dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis,
Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia
masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya
kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan
suaminya. Kini, anak-anak kian
beranjak remaja. Kemudian, dia
menjenguk bilik putera bujangnya yang
berdua, si kembar, Solehin dan
Farihin.
Pengabisannya dia kembali kepada
suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali
isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16 tahun yang lepas
menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri
solehah. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan
pembantu tadbir kesetiausahaan di
jabatannya benar-benar membuatkan dia
lemah.
“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku
rasa kau mampu untuk beri makan 2
keluarga,” sokongan Hanif, teman
sepejabat menguatkan lagi hujah
apabila dia berdepan dengan Aliyah.
” Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis
sanggup bermadu jika itu yang
ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan seseorang yang mampu memimpin
Qis,” masih terngiang-ngiang bicara
lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya
punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
selesai solat subuh, cepat-cepat dia
bersiap untuk ke pejabat. Tidak
seperti kelaziman, dia akan bersarapan
berjemaah bersama isteri dan anak-
anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran
Bumi Kenyalang benar-benar menjerat
hatinya.
” Abang , Aliyah setuju dengan
permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan
tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang
panas baran. Aliyah terlalu sempurna,
baik tetapi ahh hatinya kini sedang
mengilai wanita yang jauh lebih muda.
“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia
bersama Aliyah selama 1 hari saja,
boleh?” pelik benar permintaan
isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah
hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia
menganguk, tanda setuju. Sebab, dia
yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya
bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya
perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu
zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,
isteri-isteri lebih bijak. Teringat
dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara
menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur
hidup diterima sebagai hadiah sebuah
perkahwinan yang tidak sempat
dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman
daripada Aliyah.
“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan
isteri Abg,” terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau.
“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut
dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan
Qis?”
“Takutlah Qis, silap haribulan dia
bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu
orangnya. Abg dah lama hidup
dengannya. Abg faham,”
Qistina mengalih pandangannya. Mahu
apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan
dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina
lah. Jangan haraplah jika nak membuli
aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina
bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi
Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka
sendiri tidak mengetahui ke mana
Qistina pergi. Genap seminggu juga
peristiwa dia menghantar Qistina untuk
ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia
diminta oleh Aliyah bermunajat di
Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya
benar-benar terusik. Sekian lamanya
dia tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina,
saban malam dia akan bersama dengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah
dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok
Qistina melalaikannya. Haruman Qistina
memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi. Sunyi dengan
tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia cuba
mencari dirinya, Asraf Mukmin yang
dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung
Seputih. Asraf Mukmin yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah
yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya
seperti biasa. Tiada kurangnya layanan
Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci
untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit… sms menjengah masuk ke
kantung inbox hensetnya.
“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan
terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis
tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu
jadikan diri Qis sehebatnya utk
bersama Abg,”
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul
besar.
Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul
berwarna cokelat yang hampir saiz
dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang
tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang
Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana Abg membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian
Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model,
dia memang mengalahkan Aliyah yang
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-
bajunya memang mengikut peredaran
zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.
Aliyah tak sanggup Abg diheret ke
neraka kerana menanggung dosa.
Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di
akhirat sana , apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah
sayangkan Abg…
2. Aliyah ada mengajak dia memasak.
Memang pandai dia masak, apatah lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan
Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada
lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah
pula Aliyah kalau-kalau selera Abg
sudah berubah. Tapi, Aliyah masih
ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western
food, Abg muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak
kita semuanya ikut selera ayah mereka.
Kesian nanti, tak makan la pula anak-
anak kita. Aliyah sayangkan Abg…
3. Aliyah ada mengajak dia solat
berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,
nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat
Abg yang lahir, jadinya Aliyah
harapkan dia mampu untuk mengajar anak-
anak Abg nanti untuk menjadi imam dan
imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai
telekung… Aliyah sayangkan Abg…
Abg yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah.
Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. Abg lebih memahaminya.
Ini penilaian selama 1 hari, Abg
mungkin dapat membuat penilaian yang
jauh lebih baik memandangkan Abg
mengenalinya lebih dari Aliyah
mengenalinya.
Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang
keizinan berpoligami. Telah siap
Aliyah tandatangan. Juga sekeping
tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika
munajat Abg di Masjid Putra
mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah
borang ini, isi dan pergilah kepada
Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,
Qistina telah berada di sawarak.
Menunggu Abg… Aliyah sayangkan
Abg… Tetapi jika Abg merasakan
Qistina masih belum cukup hebat untuk
dijadikan isteri Abg, pergilah cari
wanita yang setanding dengan Aliyah…
Aliyah sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah
adalah isteri yang hebat untuk Abg..
tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg,
roti canai.. air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu
biliknya. Di situ berdiri Aliyah
Najihah bersama-sama hidangan sarapan
pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!! !!
************
MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah
dengan apa yg kita ada. Cinta pada
kecantikan tidak akan kekal
selamanya.. You would only appreciate
things when you lost it..